Isnin, 20 Disember 2010

Detik Traumatis 3 tahun lalu...

22 Disember 2007 :

seharian membantu kak ipar dan mami dalam menyeleseaikan beberapa buah hantaran yang tidak selesai lagi, Majlis Hantar Berian abg kedua yang akan berlangsung pada 30 Disember 2007 adalah debaran yang sangat dinantikan,

jam 6.30ptg :

Mami menerima panggilan daripada adik menyatakan terdapat berita buruk yang berlaku, panggilan mengatakan arwah(boy) di pukul, dengan hanya perkataan "dipukul" kami tidak tahu langsung tahap keseriusan tapi hati pada mula gembira menjadi suasana gusar dan risau apabila dikhabarkan arwah(boy) dipukul sehingga teruk dan keadaan koma telah ditahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah, mami dan dady bergegas ke hospital dalam keadaan risau dan gusar, aku yang berada dirumah terbayang-bayang dalam benak fikiran tentang kejadian yang akan berlaku seterusnya,

23 Disember 2007

jam 5.00pg :

aku, kak ipar dan sepupu aku tidur diruang tamu dengan menantikan khabar demi khabar tetapi khabar yang kami terima amat mendukacitakan dan sangat sedih apabila kami dikhabarkan bahawa arwah(boy) tidak dapat diselamatkan lagi dalam keadaan pendarahan otak yang serius yang dialaminya, perasaan aku tidak terkata apabila dikhabarkan begitu, aku dan sekeluarga menanggap arwah dipukul begitu sahaja tidak serius tetapi anggapan kami salah, ternyata keperitan yang di alami arwah(boy) sangat perit dan pedih sungguh menyanyat hati apbila melihat keadaan arwah sebelum meninggal.

jam 8.00pg :

mami dan dady awal lagi bergerak ke hospital kerana pesanan doktor mengatakan bahawa saudara mara perlu ada kesemuanya kerana keadaan arwah(boy) yang dalam keadaan koma, aku sempat memasak bubur ayam sebagai bekalan isian perut sebelum kami bertolak ke sana semua,

jam 9.30pg :

sesampai aku, abg jay-jay, kak zita, izzi dan abg aip di sana keadaan di hospital sungguh hiba, senyap dan kedengaran suara tangisan Tangah perempuan (ibu), aku bergegas ke sisi tangah yang hampir jatuh pengsan, aku tidak dapat menahan sebak di dada dan reaksi muka aku...sanagt aku tidak tertahan, mami ada berada di sisi arwah(boy) pada saat akhir arwah menghembuskan nafas yang terakhir, semua keluarga telah berada di perkarangan hospital besar k.k sabah,

doktor ada menyatakan kepada kedua-dua orang tua arwah mami dan dady, bahawa meminta kebenaran untuk menanggalkan alat bantu pernafasan yang di pasang pada anggota tubuh arwah(boy), tetapi kami sekeluarga tidak bersetuju kerana menunggu kehadiran keluarga kami yang berada di Negara Brunei Darussalam yang dalam perjalanan ke hospital.

perkarangan hospital tidak putus-putus dengan kehadiran keluarga terdekat dengan kejadian seperti ini.. dalam ingatan aku bahawa aku tidak pernah langfsuang akan membayangkan kejadian ini akan menimpa kami sekeluarga dalam keturnan Pengiran Maladin Pengiran Petra, keadaan terus memaksa aku menjaga tangah perempuan yang dalam keadaan tidak terkata keadaanya, sangat sakit, pedih, pilu bila melihat seorang anak yang dikandung selama 9 bulan 9 hari tambahan pula arwah(boy) yang dilahirkan di England pada tahun 1985.

jam 1.30 :

kertibaan keluarga yang dinanti telah tiba di perkarangan hospital, sesampai sahaja kakak kepada mami aku mencium dahi arwah(boy) akhirnya arwah(boy) disahkan meninggal tepat jam 1.45ptg di hospital k.k sabah, ya allah... aku tidak dapat mengatakan apa-apa hanya airmata yang bercucuran mengalir keluar daripada mata, aku terkedu seketika sambil memanjatkan doa bahawa mudah-mudahan arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,

oleh kerana kejadian ini adalah kes polis, maka arwa terpaksa dibedah siasat di kamar mayat hospital, pada mulanya kami sekeluarga tidak bersetuju dengan bedah siasat ini, memandangkan ia kes polis maka kami terpaksa akur denga prosedur yang harus dijalankan pihak berkenaan, aku dan yang lain telah bertolak ke kampung halaman bagi menguruskan hal di rumah bagi proses pengkebumian yang harus dijalankan sebelum tengah malam,

sesampai sahaja dirumah, di kerumuni perasaan tangisan dan sungguh hiba tidak terkata-kata, terkedu, terkejut dan sebagainya perasaan yang bermain diminda...selesai urusan pembelian barang-barang keperluan kematian...

jam 7.00ptg :

tepat van mayat sampai diperkarangan halaman rumah arwah di kampung ulu putatan, urusan pemandian berjalan dengan lancar, apabila urusan pembungkusan, setiap keluargta terdekat harus mencium dahi arwah tanpa jatuhnya air mata, aku tidak dapat mencium kerana aku x kedu aku tidak tahan melihat kali terakhir wajah arwah, sangat-sangat aku tidak terkata...aduhai :(

selepas isyak syukur alhamdulillah urusan pemakaman dan pembacaan talkin selesai, banyak pengajaran yang aku perolehi dalam kejadian yang menimpa keluarga kami 3 thaun dahulu, kini 3 tahun berlalu aku akan ingat setiap detik-detik yang menyanyat hati ini dan aku ingat sampai aku mati kelak....

Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... amin ya rabbal ala min

sentiasa dirindui keluarga

Mohd. Khairul Nizam@Boy Bin Wasli


Tiada ulasan:

Catat Ulasan