Selasa, 15 Februari 2011

Diari Seorang Wanita oleh Izzat Fikri

kadang kita inginkan sesuatu impian akan dicapai dengan perancangan yang betul, tetapi pada aku pula adalah sebaliknya".

Ayah merupakan seorang yang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Kami hanya berdua dan aku merupakan seorang anak sulung dan tanggungjawab amat besar harus aku pikul dalam menjaga keluarga termasuk adik yang masih kecil dan ayah yang bekerja sebagai buruh kasar. Genap dua tahun emak meninggalkan kami kerana emak menginginkan mencari ketenangan diri dikota besar Kuala Lumpur mengejar kekayaan dan kesenangan yang selama ini dia tidak pernah dapat dalam hidupnya.

Semenjak aku berhenti sekolah selepas tamat persekolahan di tahun lima tanggungjawab yang aku harus pikul dalam menjaga, mengajar dan mendidik adik yang berusia 5 tahun. Aku terlalu awal dalam membuat semua pekerjaan ini tapi itulah relitinya yang harus aku lalui sepanjang hidupku dalam melangkah ke alam remaja. Aku tidak sanggup melihat kepenatan, kelelahan ayah dalam memberikan kami sesuap nasi secukup kesenangan dan itulah yang aku lalui dalam liku-liku dalam hidup yang penuh onak berduri, tetapi pada aku, aku harus kuatkan semangat dalam menempuhi semua itu kerana aku masih mentah dan banyak yang perlu aku terokai dan pelajari walaupun aku telah berhenti belajar.

Itu tidak mematahkan semangat aku untuk berdikari dalam kesusahan yang aku alami sekarang ini. Impian menjadi seorang doktor hancur setakat sini sahaja. walauapa pun yang terjadi aku tetap akan menjaga keluargaku. Kini dah tiba masanya aku menjejaki emak yang telah meninggalkan kami selama dua tahun kerana kesihatan ayah yang kurang memuaskan yang menyebabkan aku nekad untuk meninggalkan kampung halaman bagi mencari emak di luar Kota. Pak Man aku utuskan untuk menjaga ayah dan Nabilah sedangkan aku ke luar kota untuk mencari apa yang aku inginkan. Bukan hanya kerana nafsu tetapi kebahagiaan yang aku cari selama ini aku harap dapat aku temui selama berpisah denganya.

Bukan senang diusia aku yang hendak meningkat remaja mencari apa yang diinginkan dengan keadaan di Kota yang terlalu sibuk dan sesak berbanding keadaan di kampung halaman ku sendiri. Semangat aku bekalkan kecekalan aku sematkan dalam minda, fizikal dan emosi. Pengalaman yang amat ku rasa pahit ini bukan sahaja menusuk dalam minda malah dalam hatiku, inilah dinamakan kehidupan.

Pencarian ku terhenti apabila aku dibawa oleh seorang wanita yang menjumpai aku di lorong-lorong gelap sewaktu aku ingin berehat mencari keazaman yang ditetapkan. Wanita ini boleh dikatakan seorang yang cantik, malah seorang yang kaya. Hakikatnya begitu tetapi realitinya sebaliknya. Diusia yang muda aku tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar-benarnya tetapi inilah yang berlaku pada diriku. Aku dibawa ke sebuah rumah yang mungkin rumah wanita terbabit. Suhaila kakak yang menjaga aku dan membawa aku duduk bersamanya di kota diberi nama Kuala Lumpur.

Setelah beberapa hari aku berada dirumah tersebut degan senangnya dan lenangnya aku diberi makan, minum dan tempat tidur yang amat selesa membuatkan aku selesa tinggal bersama kakak suhaila. Setiap malam kakak Suhaila akan keluar bekerja. Selepas masakkan untuk aku kakak suhaila akan bersiap dan mekap secantik mungkin dan berangkat ke tempat kerja.

Kadang-kadang aku terfikir selalunya orang bekerja pada waktu siang dan balik petang "owh barangkali kakak suhaila kerja shift waktu malam" itulah yang selalunya akan kufikirkan. pada keesokan harinya aku bertanya dengan kakak Suhaila tentang pekerjaan yang dilakukanya sekarang ini, kakak suhaila menjawab "anis akan tahu suatu hari nanti apa pekerjaan kakak sekarang ini" dan aku masih lagi dalam keadaan kekeliruan barangkali aku masih mentah dalam mengetahui hal peribadi orang dan aku seraya berkata "maafkan anis kakak tanya soalan yang terlalu peribadi" dan kakak bun berkata "tidak apa-apa anis nanti anis akan tahu juga". Setiap hari ahad kakak Suhaila akan menemani aku dirumah, kadang-kadang membawa aku jalan-jalan seluruh pelosok Kuala Lumpur, aku semakin ketagih dan selesa bersama kakak suhaila dengan kesenangan dan keselesaaan yang diberikan kepada aku.

Kini umurku semakin dewasa telah mengetahui selok belok kehidupan sebenar. Tanpa aku duga aku telah leka dalam pencarian matlamat aku dahulu. Kakak suhaila telah mengajak aku bekerja di tempat kerja beliau. Pada suatu malam selepas makan malam bersama kakak suhaila tolong siapkan aku mekap cantik-cantik dan berpakaian cantik-cantik di hari dan waktu inilah aku buat pertama kali memakai pakaian, mekap dan wangian yang tidak pernah melekat di tubuhku. pada waktu, hari dan saat inilah aku akan mengetahui apakah pekerjaan kakak Suhaila, setibanya aku di sebuah hotel kakak suhaila menyuruh aku masuk dalam sebuah bilik hotel tersebut, kakak suhaila berkata " tunggu kakak dalam masa 5 minit dalam bilik tersebut sebentar lagi kakak akan datang" katanya. "ding,dong" "ding,dong" loceng pintu bilik berbunyi, aku membukanya dengan hati yang gementar. Apabila aku membukanya seorang lelaki segak berpakaian menluruh masuk ke dalam bilik dan mengajak aku bersembang, aku bertanya siapakah gerangan dia menjawab "kenalkan saya syafiq kawan suhaila dia menyuruh aku tunggu di bilik ini sebentar lagi kakak suhaila akan masuk”. Aku amat berdebar bersama lelaki tersebut tetapi dalam aku menunggu kak suhaila terbatas apabila lelaki tersebut cuba menyentuh aku dan melakukan sesuatu perkara yang tidak aku senangi aku berkata " jangan, -jangan" tetapi rayuan aku tidak diendahkan. Lalu aku tidak menyedari selepas perkara itu.
Matahari tegak di kepala, aku tersedar dari tidur lalu aku melihat aku dalam keadaan yang menyedihkan dan lelaki tersebut hilang entah kemana. "ding-dong,ding-dong" bunyi loceng pintu aku dengari tetapi aku tidak endahkan dan selepas beberapa kali berbunyi aku membukanya, kakak Suhaila meluru masuk dan menceritakan semuanya apa yang telah berlaku. kakak suhaila berkata:

" kalau anis nak tahu inilah pekerjaan kakak yang selama ini kakak lakukan demi mencari wang ringgit dan kesenangan hidup untuk kakak" kakak suhaila berkata lagi, "anis kita sebagai manusia perlu tahu tentang kehidupan sebenar, duit adalah segalanya bagi kita sebagai wanita, ya memang ini salah disisi undang-undang dan juga disisi agama tetapi peluang yang sementara inilah yang harus kita kejar anis, anis perlu sedar dan bukanya menyesal dan menangis, kalo anis nak tahu inilah yang berlaku dengan kakak. dalam umur anis yang macam inilah akak memulakan karier kakak sebagai seorang pelacur golongan atasan, melayan semua hawa nafsu serakah lelaki yang menginginkanya tetapi habuan yang kakak dapat adalah lumayan sebulan lebih RM1000 anis, anis kena faham, kita bukan orang senang anis tetapi inilah realitinya...apa guna kita hidup didunia kalo kesenangan kita tidak dapat sampai kita mati pun" kakak suhaila berkata.



aku terhenti dalam semua memikirkan semua ini dan aku balik kerumah. Tanpa memikirkan jangka panjang aku berkata dengan kakak suhaila aku akan mencari kesenangan itu walau dengan menjual tubuhku sendiri anis berkata "kakak saya ada ayah dan adik di kampung yang dalam kesusahan, saya sebagai anak sulung harus membuat ayah dan adik gembira dalam apa jua yang aku akan lakukan demi kebahagian dan kesenangan dalam hidup yang sementara ini"

Aku dengan senang hati suka akan bekerja di bawah kakak suhaila itulah keputusan bodoh yang pernah aku lakukan dalam seumur hidupku.dengan melayan hawa nafsu lelaki dengan bayaran yang aku dapat itulah yang menyenangkan aku. Aku lalai dalam permainan kehidupan, aku mati dalam pelukan iman yang aku pegang, aku hapuskan segala niat yang aku mula dahulu di kampung sebelum aku berhijrah di Kota Kuala Lumpur.

Bermula saat itulah, banyak lelaki yang datang menyetuh tubuhku dengan penuh serakah. masa itulah aku lalai dengan kehidupan sebenarku, dengan pendapatan lebih RM1000 keatas sebulan aku menggunakan duit haram yang aku perolehi untuk membeli sebiji kereta, dan sebuah rumah. Saban hari dan saban waktu kerja aku itu sahaja sampai aku puas dan puas. Tibalah satu ketika aku terjumpa seorang lelaki yang pada aku cukup lengkap dari segi paras rupa dan kesegakanya yang cukup lengkap pakejnya ketika aku di sebuah pusat membeli belah. Aku cuba membuat satu perancangan supaya aku dapat memikat hati lelaki tersebut dan akhirnya aku berjaya.

Sampailah perkenalan aku dengan Azman setelah tiga bulan berkenalan, Azman hanya tahu aku bekerja disalah sebuah syarikat guaman yang bekerja sebagai kerani tetap. Impian aku hanya inigin memiliki hati dan perasaanya yang aku anggap lumrah dalam kehidupan percintaan. Azman pernah berkata ingin mengahwini aku sekiranya berkesempatan sedangkan aku banyak menyembunyikan rahsia yang selama tiga bulan aku simpan untuk menjaga hatinya yang sungguh baik padaku.

Aku tidak sampai hati ingin berterus terang dengan Azman dengan pekerjaan sebenar aku sebagai pelacur murahan yang melayan lelaki kelas atasan sahaja. Tetapi kenapa baharu sekarang ia timbul kenapa bukan dari dulu lagi. Masa yang lalu tidak boleh aku putar kembali kerana sudah terlambat. Niat aku untuk berhenti tidak sampai kerana aku sudah ketagih dengan keadaan realiti ini. Inilah yang dinamakan mainan kehidupan kan.

lima bulan perkenalan kami, akhirnya aku akhiri zaman bujang dan aku terpaksa berhenti bekerja yang kononya sebagai kerani tetap di salah sebuah syarikat guaman dan juga aku berhenti sebagai pelacur pelayan golongan atasan. Kehidupan aku bahagia semenjak aku berkahwin dengan Azman. kehidupan bersamanya amat menyenangkan aku. Aku tidak menyangka aku akan berada dipelukan seorang lelaki sejati, bertanggungjawab berdedikasi. Setiap pagi aku akan buatkan Azman makanan sarapan rutin harian, sebelah petang menyambut suamiku balik dari kerja dan malam menemani makan bersama. Semenjak dua tahun aku berkahwin Azman mulah resah dengan aku kerana Azman berasa sunyi kerana menginginkan anak sudah dua tahun berlalu rumah sebesar istana ini sunyi dan sepi ketiadaan seorang cahaya mata yang boleh mengembirakan kami sekeluarga. ayah dan emak Azman juga telah kerap kali kami mencuba perubatan kampung dan juga perubatan moden tetapi semua usaha kami gagal. Malah macam-macam ubat yang Azman dan aku makan tetapi semuanya tidak berkesan sampailah aku berjumpa dengan seorang doktor sakit puan, Dr.aziana Ibrahim beliau mengatakan Azman mempunyai potensi dengan memberikan anak tetapi aku tidak, kerana infeksi yang aku perolehi. Aku mengalami jangkita di bahagian antara alat sulit dan rahim ini adalah disebabkan aku tidak menjaga kesihatan dengan sebaiknya, doktor tersebut berkata.

Bila aku fikir kembali kenapa aku mengamlami jangkitan itu, adakah disebabkan kisah silam aku yang pernah aku lakukan. aku dalam keadaan buntu, keliru dan risau dalam memikirkan permasalahan ini. Pada suatu hari aku berjumpa dengan doktor Aziana dan menceritakan hal yang sebenarnya secara peribadi kepadanya. Doktor Aziana cuba menjelaskan responya dan mengatakan kemungkinan disebabkan kisah silam aku yang menyebabkan Azman tidak boleh mendapatkan anak. Dr. Aziana hanya memberikan ubat antibiotik sebagai ubat bagi memulihkan jangkitan tersebut tetapi Dr. Aziana tidak boleh memberikan jaminan yang penyakit tersebut boleh diubati sampaikanlah Dr. Aziana menyuruh aku menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Azman dan aku menolaknya sama sekali ini kerana aku tidak inginkan kehilangan Azman di depan mata kepalaku sendiri.

Dr. Aziana ketemukan aku dengan seorang pakar kaunseling dan aku di kaunseling selama seminggu berturut-turut, hasil kaunseling yang aku perolehi aku rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Rawatan yang diberikan oleh pakar kaunseling tersebut amat berguna supaya aku tidak mengalami trauma yang mendalam sehinggalah aku bersedia menceritakan hal yang sebenar kepada Azman. Inilah yang aku dapat impak yang amat dasyat pada aku, dosa yang aku pernah buat, bukan sahaja menjahanamkan diri aku, malah meruntuhkan rumah tangga aku yang dibina selama ini satu penyesalan yang tidak berkesudahan. Azman telah mengetahui perkara sebenar dan berasa amat marah yang teramat dan telah menjatuhkan lafaz cerai talak tiga kepada aku. Aku sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kerana kesalahan itu datangnya dari tuan empunya badan, sesasal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna inilah ungkapan yang sebenarnya. apa yang aku dapat di Kuala Lumpur hanyalah sejarah hitam yang tidak pernah aku lupakan seumur hidupku.


kini hanya keseorangan dan merempat semula, kereta rumah dan semua harta benda semua habis ditarik balik kerana bayaran bulanan lama tertangguh pembayaranya. Pencarian emak aku hanya tinggal sejarah apabila aku mendapat tahu yang emak aku telah meinggal dunia kecelakaan jalan raya. Selama aku berada di Kuala Lumpur khabar berita dari ayah dan adik tidak pernah aku dengari sampaikan aku mengambil keputusan untuk balik semula ke kampung halaman. Kesucian aku sebagai wanita telah hilang begitu sahaja, mutiara yang ada pada setiap wanita harus dijaga jangan pernah sesekali memberikan mutiara itu kepada orang lain terutama lelaki durjana. Itulah yang aku ingin pesan kepada wanita diluar sana, kebahagiaan dan kesenangan tidak menjanjikan apa-apa malah kesengsaraan yang engkau dapat.

Sesampai aku di kampung, rumah kosong tanpa penghuni, aku ketemui mak limah jiran sebelah mengatakan ayah dan adik telah pindah setahun dahulu dan mak limah tidak mengetahui mengikut siapa. Aku bermalam di rumah yang telah aku tinggalkan beberapa tahun dahulu. Bila mengenangkan semula kisah aku yang bermula di rumah halaman ku ini, menangis tidak berguna, linangan air mata hanya sia-sia, masa yang dahulu terbuang tidak boleh kuputar semula.

Apabila ku sedar, matahari tegak di kepala, aku teruskan pencarian ayah dan adik aku di rumah keluarga aku yang lain, sampai lah aku terjumpa pak man di kedai kopi dan pak man menceritakan hal sebenar, ayah telah meninggal dunia sebulan yang lepas dan adik aku telah dipelihara mak limah isteri pak man. Alhamdulillah aku berkata tetapi ayah aku tidak dapat menerimanya. Pak man telah membawa aku ke tanah perkuburan islam tempat ayah aku disemadikan, tanahnya masih merah bunga mawar masih segar dan nampak ditabur diatas pusara, aku memohon ampun dan maaf kepada ayah, dan pak man memberitahu ayah telah maafkan segala kesilapan aku meninggalkan mereka dahulu.


Sampai aku di rumah pak man aku berjumpa Nabila, aku peluk cium sambil menangis. Kini Nabilah telah semakin membesar dan masih lagi bersekolah. Sekarang tanggungjawab aku menjaga Nabila untuk tidak mengabaikan Nabilah macam aku. Aku tidak perlu mengongkong Nabilah tetapi aku hanya boleh perhatikanya segala gerak gerinya agar kesilapan lalu tidak diulangi oleh adik kandungku. Aku tidak mahu adik kandungku macam kakaknya ini, Sewaktu menjaga Nabilah sampailah Nabila tamat pengajian tinggi dan bekerja di Johor. Aku, mak limah dan pak man serta Nabilah berhijrah ke Johor memiliki rumah yang selesa dan sebiji kereta.

Apabila Nabila mendirikan rumah tangga, Nabilah telah berpindah ke rumah suaminya dan tinggalah aku bersama pak man dan mak limah, pak man tengah sakit tenat, kerja aku dirumah hanyalah menjaga mereka berdua sampai aku mati kelak. Inilah rutin aku seharian, dalam menyediakan pakaian, makan dan minum untuk keluarga ini. Sampailah pak man meninggal kerana sakit tua, sebulan kemudian mak limah pula meninggal dunia dan kini aku hidup sendirian kensunyian. Setiap minggu Nabilah dan suaminya datang menjenguk aku. Inilah hasil aku dalam menulis diari aku bermula aku berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga kini yang hanya menunggu saat hendak mati. Aku menyesal dan aku sentiasa memohon doa kepada Allah S.W.T serta memohon keampuanan yang tidak pernah habis di lubuk hati ini apabila mengenangkan kembali kisah masa lampauku. Dah memang takdir aku akan dilahirkan di dunia dengan keadaan aku macam ini, kadang-kadang kita inginkan sesuatu impian akan dicapai dengan perancangan yang betul, tetapi pada aku pula adalah sebaliknya. Sebaiknya aku berfikirpanjang dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan jangka pendek.

TAMAT!!!!!!!!!!!
Cerita cerpen diari seorang wanita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. cerpen ini adalah hasil nukilan saya sendiri Awang Izzat Fikri Bin Awang Kassim. selamat membaca....

Selasa, 8 Februari 2011

Islamic Calendar Widgets for Blogs - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Calendar Widgets for Blogs - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Berangkat Balik Ke Tanah Air Malaysia??? Syukur Alhamdulillah

syukur alhamdulillah perjalanan membawa balik pelajar Malaysia yg berada di bumi bergolak mesir akan bermula hari ney dan juga esok yg mna mmbawa anak buah syaza nadia dan kwan bermain waktu kecil syan nessa amat brsyukur...

hati mmang x sedap...yelah hanya tahu belajar medical di negara org tpi x tahu keadaan yang sbenarnya di negara itu...sbenarnya negara 2 mmang aman kata org..tpi x tahulah...maybe dh smpai masa nya nk bergolak kan...so berlakulah peperangan besar di antara kaum di sna hanya kerana nk menggulingkan perdana menteri mereka....yg berlku antara pro kerajaan dan mnyokong kerajaan..huhuhu...aku bersyukur negara Malaysia dlm keadaan aman damai...syukur...syukur...huhuhu..

spanjang bulan ney mmang x duduk tnteram hanya menunggu berita yg x brkesudahan peperangan yg brlaku dsna...huhuh...internet d putuskan, bank dirosakkan, bekalan makanan n minum dsekat...huhu..bayangkan kalo aku sendiri beraa di sna..mcm na agaknya??? alhamdulillah khabar verita yg dinantikan tiba melalui skype...

setiap hari aku berskype ngan syan nessa hndk tahu keadaan di sna...kerana slepas beberapa hari perang meletus..internet telah dsmbungkan keadaan mngerikan...syaza nadia pula laptop hanya dtinggalkan begitu shja kerana dlm keadaan trauma n takut bila 1st time mngalami keadaan sbegitu....huhuhu

lapar, keahausan itulah kenanagan yg mngerikan..berbekalkan roti dan maggie itu shjalah yg mnjadi santapan mereka...alhamdulillah gas telah dbekalkan...gn khidmat pelajar lelaki yg berada di situ keluar bagi mencari n beli makanan yg dijual di kedai2...alhamdulillah mereka dpt makan beramai2 di rumah org sabah...mereka amat stress dgn penantian bantuan makanan yg x kunjung tiba...

mengatakan mereka akan dibawa ke jeddah..tpi x jadi..dgn keadaan sejuk n musim hujan yg brlaku d sna mnyebabkan prjalanan evakuasi pelajar malaysia ke jeddah di hntikan seketika kerana cuaca yg x mnizinkan...huhuhu betapa sengsaranya pihak kerajaan n NGO trlibat yg mnolong pelajar malaysia di bawa balik ke tanah air... malah smpaikan airport juga d serang oleh penunjuk keganasan kemarahan mereka trhadap PM mereka...huhu

akhirnya syan nessa n syaza nadia mendapat tiket balik bserta kwan2 yang lain..perjalanan mereka dijadualkan pada hari ini dan esok... Mesir>KLIA>KKIA...ney lah masa prjalanan yg panjang tpi amat brsyukur n gembira dgn kepulangan mereka ke tanah air amat mngembirakan ahli keluarga...huhuhu

Isnin, 7 Februari 2011

Rejected 3 Times??? What Happen???


ney lah hasil...byak sgt pmbetulan...huhuhu apa x kna reject...haha

Seitap kali masuk kelas hari isnin...memang blurr msuk kelas 2...ape x nyer smua penerangan langsung x masuk otak dan x faham langsung...apa yang dlm buku kata lain dgn penerangan yang dia berikan pd kmi...huhuhu...yg syok nyer kelas dia ney hanya buat personaliti test yang dia berikan dua minggu lepas...huh!!!

assignment jgn jacakap lah...first penerangan mnggu ke-2...penerangan dah faham dan nampak...tpi bila due date nk recheck blik ngan dia..hurm!!! hampeh!!! kna tolak buat kali pertama...melayang duit print 1 report rm6..hahaha bkn menungkit tpi rasa beban...x pe lah gara2 berkat ilmu duit pnya psal tolak tepi...kepentingan dutamakan kpd markah yg bkal diperolehi..huhuh...sem ney terasa susah dr segi assignment sebab...tajuk dah cantik informasi smua dh dpt...tpi format pulak yg jdi msalah sebab nk format brdasarkan APA sistem...yelah psikologi kan...smua kajian mnggunakan APA sistem...so x mustahil bendalah ney ia nk APA sistem juga walau bukan jenis kajian...hehehe..oklah pengalaman pertama...dah penah buat sblum ney pd assignment yg lain tpi x da lah format mndalam spt ney...huhu

so slepas recek blik format ok dh editing lg...hantar lg kali kedua...reject lg ada bebrapa information perlu ada sumber yg sahih nk dnyatakan...huhu...ok editing lagi...then tdi hantar lg kat dia...huh!!! kali ney 1 kelas assignment kna reject..psal smua format pula x btoi...aku nyer group ok skit tpi still ada keslahan...hahaha adohai..kelakar...itu nak ini nak...salah kecil nyer format jak siap!!! potong 5 markah!!!!...huhuhu...betapa strick nyer lect kali ini...dia boleh kesan sapa yg main copy paste je...hehehehe...

so nmpaknya aku x tido mlm ney..coz nk kerjakan assignment yg perlu dhantar esok sbelum pkul 10pg dpan pintu nyer..huhuhu...x kesah smua 2...yg penting aku harap aku dpt markah yg bleh mmbanggakan atas hasil usaha sndiri..hehehe brtungus lumus mnyelesaikanya...hahaha...tpi aku harap final exam akan dtg aku dptlah jwab...huhuhu..mampus aku kalo x dpt jwab...alamat markah final x dpt B @ C....huhuhuh...asalkan jgn repeat paper...hehehe...itulah al-kesah nyer...

Ahad, 6 Februari 2011

Apa Dah Jadi??? Penat???

mula minggu lalu lagi sudah tarik muka ngan aku...aku buat x kesah je...lantak ko lah...aku dah agak mesti akan berlaku pergaduhan...aku x kesah sbenarnya...sebab dah lama aku tahan..tahan..dan tahan aku tunggu masa jak yg sesuai untuk tembak balik...huhuhu..akhirnya hari ney smpai mesej ney kat aku mengatakan:

"ko ada masukkan gambar aku brgambar ngan tutt x? tutt kata ko yang msukkan..lily dah
tinggalkan aku sebab gambar 2. kalo ko anggap aku ney kwan ko, tlg call lily bgtahu
keadaan sbenarnya..dia ingat aku kapel ngan tutt..dia dh tnggalkan aku x pecaya call lily"

ney lah sms yg smpai kat hp aku...nmpaknya gunung berapi akan meletus..so dgn bangga diri aku on je msalah yg dier nk tmbulkan kat aku...mcm ney lah...aku bukan org yg jenis suka menjahanamkan perhubungan org...aku x penah msukkan gmbar dia ngan perempuan lain melainkan dia yg terhegeh2 sgt nk msukkan...aku x penah langsung msukkan gmbar dia ngan pompuan mana ntah...huhuhu..yg bikin panas "kalo ko anggap aku kwan ko call lily" ape smua 2...ok fine mcm neylah ek...memang aku dh x tahan hidup n kwan org yg byk sgt drama...

selama 4 sem aku hidup dgn dia...dan akhirnya aku akan mngundurkan diri hidup ngan dia pd sem dpan...x tahan...langsung aku x tahan...sedarlah diri 2 dah 26...kta ney bkan makin hari makin muda....x lama lg mati...kalo perangai setan x hilang mcm na ko dpt berkat hidup di dunia kalo asyik penuh ngan penipuan n drama...baik x payah jdi manusia kalo mcm 2...bguskah perangai mcm 2...

akhirnya sms seterusnya smpai kat aku mngatakan:

"aku minta maaf...maaf sgt2..aku x shat...jgn amik hati ngan kata2 aku...nnti aku mnta maaf ngan tuttt...x pe lah xda jodoh..x leh paksa...aku tidur dlu aku demam"

aik mcm 2 je...senangkan...gampangkan..udah maki org pas 2 sms "MAAF"...eh aku dah penat..penat..penat dan penat terima maaf dari ko lah...dr dlu smpai skarang asyik perkataan 2 jew yg ko bekalkan ke aku...eh aku x mntak apa2 dr ko lah...aku cuma mahu aku hormatkan ko an ko perlulah hormat aku...ko tua dr aku....dah lah aku x nk drama sterusnya lg....cukup smpai sni...

aku bingung mcm mana awek dia 2 boleh tahu yg aku ada msukkan gambr..ya aku aa amukkan gmbar tpi gmbar kta beramai2...x da 1 pun gmbar ko brgmbar ngan tuuutttt...pas 2 mcm na pula dia tahu ada gmbar time d putrajaya sedangkan aku bukan kwan ngan dia di fb...bodoh x bodoh dia...dia yg wat msalah 2 sndiri atasi sndiri jgn nk salahkan org lain...huhuhu..sedey aku dpt kwan mcm ney owhhhh!!!!

penat..penat..penat..dan penat!!!!!!! x tahan ah ney....huhuhuhu

Sabtu, 5 Februari 2011

Bapa Angkat??? Apa Kaitan Dengan Seekor Arnab???






Menikmati Lecturer yang sedang memberikan Ilmu di hari rutin seharian...maka timbul pasal cerita binatang dalam kuliah...Maka aku bersuara seorang diri "ya saya suka kucing"...maka kawan lain menyahut "Arnab, saya ada arnab" maka aku menjawab Arnab??? suka juga dengan Arnab... Arnab Comel....kebetulan tahun baru cina tahun ney adalah tahun arnab..hehehe...

keesoakan hari merupakan hari cuti bagi universiti...huh!!! sebut psal cuti..kelas hari confirm kosong...bebalik cerita arnab...sorang kawan sekuliah sedang mencari seorang insan yang boleh menjaga arnab peliharaanya kerana beliau tidak dapat membawa arnab nya yg berusia dekat 2 bulan itu balik penang....so aku dengan bangga diri sudi menjadi Ayah angkat kepada Arnabnya yg sgt2 comel huhuhu..lagi pown aku kan di hostel je..so daripada aku keseorangan di hostel keboringan maka baik aku pelihara arnab yg comel ney kan...walau sementara...

6 ptg dpt panggilan dari sarah mngatakan beliau nk kasi arnab 2 hari 2 juga..kerana esok pagi beliau akan balik penang...so aku dgn bangganya mengambilnya di hostel perempuan...diberikan kandang serta makanan utk 2 minggu...sesampai di rumah aku ingatkan budak rumah x suka...malah bukan main suker mereka aku bawa arnab lm umah ney..tambahan dinesh kwan aku amboiii siap bermain sakan dgn arnab 2...aku happy melihatnya...yelah selama 4 semester x penah aku memelihara binatang dlm umah ney...heheh..tpi alhamdulillah arnab ney dpt sesuaikan dirinya di umah ney...hahaha..malah keluar dr kandang terus brlari sna sni..seronok nmpaknya...

dah beberapa hari di rumah ney..amboi berat badanya pown smakin naik...semakin nakal...arnab ney warna putih dan 4 kakinya ada stoking warna kelabu...sgt2lah comel....smpai update gambar di facebook pown..sgat banyak reaksi daripada kwan2 dlm facebook mngatakan "sgt comel arnab mu izzat"...aku mngatakan "ya Thanks" itu je...hehehe..

sarah mengatakan dia akan tinggalkan arnab ney selama 2 minggu mcm 2...aku ok jew x da masalah dlm pnjagaan haiwan...sbelum ney pown aku dah biasa jaga haiwan spt kucing...teringat pula dgn cokie ngan pipi...hehehe..first time jga arnab, so siang arnab ney lemah jew...tpi malamnya sgt2 aktif...smpaikan arnab ney panjat2 badan aku time ngah wat xcitement...hahaha...sgt2 comel my buggs...hehehe..ok lah at least aku x boring dgn adanya haiwan tercomel ney...hehehehe...itulah alkisahnya...hehehe


Jumaat, 4 Februari 2011

Buat Apa Di Putrajaya??? Hah Brgambar Dgn Pelakon Apa Kes???







sue & jue biasalah ratu cit...cit...cit hahaha






Latar Belakang yang amat cantik & menarik!!!!

huh!!! awal pg dh kna bangun krna hari ada benda penting yg hendak dselesaikan....benda ney actually dah lama diberi oleh lecturer tpi byk kali tangguh...interview di kementerian sumber manusia putrajaya...hehe..spt biasa ia brkumpulan...sue,jue,kak nomi,zaha,riz n aku yg pegi...kalau dh satu kepala ney pegi brsama mcm2 lah keadaan akan brlaku...

perasaan gementar aa juga pd mulanya...yelah coz keesokan harinya adalah cuti tahun baru cina...so takut pegawai yg hendak di interview cuti...hurm org kerajaan kan relax katakan...hurm btol ker????...so sesampai di kompleks parcel D3 adalah bangunan utama Kementerian Sumber Manusia...daftar tag d kaunter utama then pergi ting.8...smpai pintu utama pejabat bhgn pengurusan sumber manusia adalah trpampang Unit Psikologi yg merupakan kos yg aku sedang amik d UNISEL...hehehe owh dsni tmpat keja aku nnti...insyallah..kalo ada rezeki...

kehadiran kami adalah disambut baik...berita baiknya adalah org yg hendak di interview ada dan tidak sibuk...hehehe Alhamdulillah...Cik Norhafizah merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik Pengurusan Sumber Manusia..pemegang Master Human Resource UITM sekarang ney...org yg agak ceria dan extrovert org nya...hehehe Alhamdulillah...sesampai kta di sna kta dh prepare soalan yg hndak dtanya...x payah tanya coz smua soalan yg disediakan telah dijawab terlebey dahulu..DASYAT!!! hahaha...sambil record video n gambar sbg method dlm interview adalah sbg bukti yg akan dtunjukkan di hari persembahan kmi pd mnggu hadapan...huhuhu... interview n hari yg penuh dgn maklumat tmbahan yg kmi perolehi...sgt2 best!!!! dlm 1 jam kami interview Cik Hafizah...alhamdulillah sbelum org kerajaan rehat kami poun blah!!! ahaha

pas je tamat interview wah!!!! maka pengembaraan geng pown brmula...Alamanda merupakan tmpat pertama yg kami pergi...amaran yg dikeluarkan adalah WINDOW SHOPPING SHJ ok no shopping besar2..just cuci mata...yelah Alamanda taraf KLCC, CURVE...so mahal!!!...makan di KFC dahulu...pas mkan pe g cit..cit...cit...ambik gmbar lah huhuhu...2 lah aktiviti pling pnting...hehehe...perancangan nk pegi maen bowling lah karoke lah tpi masa x mngizinkan...so bawa mereka pusing 1 putrajaya udah memadai...uhuhu..pegi dataran putra 30 min dsna...

selepas dari dataran terus pegi PICC putrajaya...round2 di sna...pas 2 pegi dam utama putrajaya...disna adalah yg pling lama kami berhenti kerana pemandangan yg amat cantik dan sesuai untuk mngambil gambar dan shooting filen @ drama...kebetulan disna sempat brgambar ngan artis yg sedang shooting dsna..hehehe sempat lg 2... itulah Al-kisahnya...